Sungguhpun, aku merasai sangatla rugi diriku ini. Sebelum ini beberapa rakan-rakan aku pernah hebohkan iklan oleh PERMAI (Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid) tentang Program Korban.
1 bhgian Unta = 205 JD
1 bhgian@ 1 ekor kambing = 170 JD
1 bhgian lembu = 165 JD
Tetapi aku hanya mem'blur'kan diriku. Pernah jugak aku berhasrat untuk cuba infak korban. Hanya sekadar hasrat. Hari ke hari aku hanya menangguhkan hasrat aku. Katanya bisikan nafsuku, esok ada lagi. Sampai la esok. dan lusa. dan tulat. dan akhirnya Raya Korban. Aku asyik terlupa je. Atau mungkin sudah lalai dengan pujukan duniawi. Dan kini sudah hari ke 2 raya eidul adha. Barula aku mula muhasabah diriku yang kian lupa akan hakikat hidup ini.
Pernah jugak terdetik di pemikiran aku dek akibat tempias nafsu ini:
"Lar baru je sampai sini, biar settle down la dulu. Duit yang ada tu simpan dulu. Barula kewangan itu stabil"
"Tahun depan kan ade lg. 6 tahun lagi dok kat sini. Byk lagi masa nk buat korban. Duit pon stiap bulan konfem akan lebih punye. Boleh lagi nk buat korban"
Mungkin pemikiran macam ini la yang membuatkan diriku ini tenggelam dengan bisikan nafsu. Bisikan nafsu yang sentiasa sayangkan harta duniawi dan kian lupa ganjaran akhirat. Mungkin pemikiran yang macam ini la yang membuat aku kurang mengambil kisah tentang infak dalam ibadah korban ini.
Pagi tadi aku terfikir keseorangan. Melihat beberapa rakan seperjuangan yang berangkatan ke ladang sembelihan. Mereka sanggup meluangkan masa mereka untuk melihat kambing-kambing dan lembu-lembu yang telah mereka infakkan untuk ibadah korban.
Iya, apa bezanya mereka dengan diriku ini?. Kami semua belayar ke sini dalam kapal yang sama. Waktu yang sama. Tujuan belajar yang sama. Dengan tajaan wang yang sama nilainya oleh rakyat Malaysia. Semuanya sama. Apa lagi yang beza? Kenapa mereka dapat infakkan harta mereka? Kenapa tidak aku?
Ya, mungkin dapat ku alasi dengan beribu-ribu alasan. Mungkin kerana masih byk lagi waktu untuk aku lakukan ibadah qorban. Mungkin tahun depan. Mungkin tahun kemudian. dan Mungkin.....
Lihatlah, hanya ungkapan "mungkin" yang dapat ku alasi. Apakah "mungkin" itu benar-benar akan terjadi? Apakah aku masih diberi peluang olehNYA untuk terus bernafas di atas bumi ciptaanNYa ini? Katakanlah peluang itu ditarik olehNYA, di manakah "mungkin" yang selalu aku alasi selama ini?
Ya. Tiada lagi. Hanya sekadar kata-kata tak mungkin dapat mengubah dunia ini. Hanya sekadar kata-kata tak mungkin mengubah diri ini. Dan hanya sekadar kata-kata tak mungkin mengubah timbangan hisab di Akhirat nanti. Alangkah ruginya...
"Ya Allah, ampunilah diriku ini. Kerana terlalu lalai dengan harta benda. Walaupun kemampuan untuk menginfak itu ada, tidak pantas aku manfaatkannya. Yang berlalu sudah pun berlalu. Adapun di hari kemudian Ya Allah, kau kurniakanlah kesempatan padaku untuk terus mempunyai kemampuan untuk menginfakkan harta di jalanMu. Agar amalanku ini menjadi wasilah untuk aku terus mendekatkan diri padaMu ya Allah. Kerana hakikat dunia ini adalah sementara. Maka jadikanlah Akhirat itu matlamat hidupku"
Hayatilah sahabat-sahabatku, Allah selalu menguji hambanya. Untuk menilai sejauh mana nilai ketakwaan mereka. Ujian Allah ini baru sekadar ujian harta benda.

Hayatilah kisah Nabi Ibrahim A.S yang kita semua sedia maklum kisahnya dari kecil sampai lah kebesar. Diulang-diulang dan diulang pada setiap tahun saat raya menjelang.
Wahai umat manusia, sesungguhnya kami meciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhny Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (tentang keadaan dan amalan kamu). - Surah al-Hujurat, ayat 13
Hayatilah kisah Nabi Ibrahim A.S yang kita semua sedia maklum kisahnya dari kecil sampai lah kebesar. Diulang-diulang dan diulang pada setiap tahun saat raya menjelang.
Tetapi alangkah indahnya jika kita semua mengambil 'ibrah dan pengajaran darinya. Nabi Ibrahim A.S telah diuji dengan ujian yang paling berat bagi baginda untuk hadapinya. Baginda diperintahkan untuk menyembelih puteranya sendiri Nabi Ismail A.S yang teramatlah baginda sayang. Bayangkan puteranya sendiri yang telah baginda jaga dengan penuh kasih sayang. Akhirnya diperintahkan untuk disembelih.
"If the love they had for the created thing was greater than their love for the creator, they will fall into despair; because the thing that filled their heart has been taken away. But if their love for the creator is greater than anything and that is what fills their heart, they will find solace in knowing that the promise of Allah is true and that there will come a time that they will be rewarded for their patience" - Khutba Eid Adha courtesy of scribd.com
Subhanallah, Nabi Ibrahim A.S memilih untuk menurut perintah Allah meskipun sangat berat ujian yang dihadapinya itu. Kerana baginda yakin dengan perintah Allah, dan baginda terus bersabar dan dengan penuh ketaatan berserah sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Begitu jaga Nabi Ismail A.S, seorang anak yang taat akan perintah bapanya dan Allah S.W.T. Akhirnya, kesabaran yang tinggi mereka tunjukkan dikurniakan ganjaran. Allah S.W.T telah menukarkan sembelihan itu dengan seekor kibas. Alhamdulillah, syukurnya Nabi Ibrahim A.S kepada Allah S.W.T, pencipta agung seluruh sewarjagat Alam. Betapa hikmahnya perintah Allah dalam menguji hambanya.
Begitulah, sekadar peringatan untuk diriku dan juga sahabat-sahabatku. Agar setiap peluang yang ada di hadapan kita, harus kita manfaatkan. Dan juga bersabar dengan ujian-ujian yang bakal diuji oleh Allah S.W.T. Adapun ujian kesenangan ataupun kesusahan. Itu adalah sebahagian dari perjalanan hidup kita, untuk kita bekalkan meniti jalan ke Akhirat. Kerana itulah matlamat sebenar yang harus di letakkan pada benak sanubari kita semua.
Bukan ingin memaksa, tetapi jika ada kemampuan, maka tunaikanlah. Kerana dunia ini hanyalah permainan yang melalaikan. Sungguhpun ada peluang yang ada berlegar didepan mata, peganglah ia erat-erat, serta manfatkanlah ia, agar peluang itu menjadi medan mengumpul bekalan berpaksikan akhirat.
Bukan ingin memaksa, tetapi jika ada kemampuan, maka tunaikanlah. Kerana dunia ini hanyalah permainan yang melalaikan. Sungguhpun ada peluang yang ada berlegar didepan mata, peganglah ia erat-erat, serta manfatkanlah ia, agar peluang itu menjadi medan mengumpul bekalan berpaksikan akhirat.
"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu, serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu kering dan kamu melihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (QS Al-Hadid, 57: 20)"




No comments:
Post a Comment