Saturday, August 25, 2012

Saiz Aku, Dia dan Mereka.


Akhirnya terdetik jugak utk tulis sedikit post-post di blog ini.
Jeles tgk org lain dah maju dgn blog2 ni, 
Aku pulak asyik buang masa je. :]


Alhamdulillah, sudah kembali aku ke tanah air.
Hey Hey.! Arakian disebabkan blog aku bersarang-sarang, jadi cuba lah mencari publisiti dgn membuat beberapa post ala-ala diari hidup aku yg tidak seberapa diari. Banyak tokok tambah dah mcm buku teks sejarah.

Sbnrnya aku cuba nk tulis dlm English, seperti mana post-post aku sebelum ini,
setelah sekian lama aku mengurangkan omong-omongan harian aku dlm English di Jordan, bajet nak bermadah dalam Arab, w/pun dah mcm keling aku cakap pada mulanya. So, aku tulis lah dalam bahasa Melayu bagi menunjukkan semangat patriotikku pada negaraku yang tercinta dalam menyambut sambutan "Janji Di Tepati" tanggal 31 Ogos nanti. Atau mungkin juga "Janji Demokrasi" tanggal 30 Ogos ini. :)


Alhamdulillah, setibanya di Malaysia ini banyak perkara yang berlaku, banyak juga mehnah dan tribulasi menimpa diri ini.

Tiap-tiap hari makin mengganas selera makan aku dengan makanan Malaysia. Bajet tak makan setahun makanan Malaysia kat Jordan. Makan pon masakan sendiri. Dahla kat sana tak berapa nk pandai masak, campak je semua yang ade, janji sedap! .  nasibla ! -_- . 

Ade je makanan yang aku rasa susah nk dpt kat jordan, semua aku makan. Dari rambutan smpai ke durian. Laksa, Singgang, Tomyam, Ikan, Budu, Belacan dan macam-macam la. Nasi kosong + Kicap pon aku bedal lagila ditambah dengan ikan masin. Dah kicap susah sgt nk dpt kt Jordan, lagi-lagi ikan, pasaran bahan makanan mentah paling mahal di sana.

Agakla terkilan diri aku ini,
melihat saiz jisim badan aku dah makin pelik je aku tengok setiap hari.
Perut dah makin membesar. Seluar pon dah tak muat. kahkah.

Setiap kali aku pergi bersiar-siar di hari raya ke rumah-rumah sedara, guru-guru, kawan-kawan, sampaila ke pengantin, ade je suara-suara belakang berbunyi tak kurang juga dari arah yang lain.

"Mak aii, dah berisi"
"Dah berapa bulan mengandung?" (ini selalu akak aku punya kerja)
"Lawa perut!"
"Kau ni jgn jadi mcm abg kau yg no.2 tuh. Slps kawin makin bulat je. Kau x kawen lagi perut dah besor!"

Haha. Pening aku dibuatnya. Macam-macam "tohmahan" manusia padaku. Seringkali aku tersasau dengan minda aku yang pelahap penuh nafsu makan.

Frust!
Lalu aku membelek mesej di hensetku.
Terbaca aku mesej saudaraku, Sheikh Muhammad, Imam muda dari Gaza yang aku temani sebagai sukarelawan AqsaSyarif. 



Krik--Krik--
Entahla, perasaan sayu menusuk ke kalbu.
Seolah-olah nada lagu kitaro dimainkan.


(anda dinasihatkan buka lagu kitaro di youtube, utk lebih feeling :) )

Teringat lagi saat dan detik aku bermu3ayashah1 , dan ber-curahat2 dengan Sheikh Muhammad tentang bagaimana peritnya kehidupan di Gaza.

1 - Saling mengenali pengalaman hidup masing-masing.
2-  Curahan hati

Teringat lagi saat aku diminta terjemah ucapan Sheikh Muhammad ke jemaah di masjid tentang kehidupan mereka disana. Saat mana bila aku cuba terjemah ucapannya, aku sendiri pun rasa "tertembak". Risau aku mengatakan sesuatu yang aku sendiri tidak membuatnya. Walaupun ianya sekadar terjemahan, ia tetap satu kata yang aku sendiri tahu aku perlu melakukannya.

Di Gaza

  1. Bekalan Elekrik hanya dibekalkan dalam tempoh 8 jam sehari. Kadang-kadang 6 jam
  2. Terdapat ramai yang fakir, yang tiada satu pon makanan, walaupun sedikit.
  3. Mereka dinafikan hak untuk mengunjungi Masjid Al-Aqsa di Al-Quds.
  4. Seringkali rumah-rumah mereka diceroboh dan dirobohkan oleh Zionist Israel
  5. Rumah mereka sangatlah sempit. Dan peng"wire"an yang tidak selamat.



Credit : AqsaSyarif A2G8


Harapan mereka :

  1. Mendidik anak-anak supaya mencintai Al-Aqsa. Kerana mereka lah generasi akan datang yang akan membebaskan Al-Aqsa.
  2. Mendidik anak-anak dengan tarbiyah islamiyah.
  3. Hulurkan bantuan pada mereka apa-apa pun yang termampu.
  4. Dan sentiasa ingati mereka di sana.

"Dan sentiasa ingatilah mereka"

Iya, Aku lupa!.
Ramai saudara kita di sana yang masih lagi berjuang bermati-matian untuk hidup. Bermati-matian mencari makanan. Di Gaza, Syria, Somalia, Rohingya, Iraq, Afghan, Mesir, Libya, Jordan dan juga saudara-saudara kita di Malaysia yang tidak berpeluang senasib dengan kita.

Tapi kita, juga diriku ini?
Masih lagi berseronok, bermewah-mewah juga sampai membazir.
Bukan tidak boleh, tapi cukuplah berpada-pada.
Sebagai ingatan kita bersyukur pada nikmat yg dikurniakanNYA.

Jom kita muhasabah.

Raya ini dah berapa banyak aku dapat duit raya? Dan dah berapa banyak aku menyumbang pada yg memerlukan?

Raya ini dah berapa makanan aku sudah cuba? Dan berapa sahaja makanan yang "mereka" ada?

Raya ini sejauh manakah kita sudah kenal sedara dan rakan kita? Dan sejauh manakah kita mengenali dan mengambil kisah saudara kita di "sana"?


Dan bermuhasabah lah.



Last day bersama imam muda gaza.










Wednesday, August 15, 2012

First Year - ByeBye Hello 2nd Year

I opened this spider-webbed (bersarang-sarang) blog, and came across to the last post, "1st Sem Ended".

" Ahah! Lame gile ak x update. 
Malas. Ye, Alasan. " 

 By now, it's not only 1st Sem. It's FIRST year, finally ends. ( 2 weeks prior to this post, actually) :) kihkih.



Welcome 2nd Year. :)

p/s: post-malas-malas