11/6/2013
Semalam ketika dalam perjalanan ke rumah Matyu dari Bab Syamali ke Sheikh Khalil, aku terserempak dengan sekumpulan pelajar sekolah disini bersama sorang gurunya. Maka guru tadi datang menegur aku.
Teacher : Hi Sir, can I have you for a moment
Saya : Yes, please
Teacher : Okay sir, they are my students and they want to learn English. Can you please listen from one of them and give some comments
Saya: Okay, I'll try
Aisha : My name is Aisha (I actually forgot her name), I'm twelve years old. I live here in Jordan. These all are my friends and we are learning English.
Teacher : So please Sir, can you introduce yourself, do you have any advices on how they should improve their English?
Saya : Okay, just be positive. And I think the most important thing is to practise. Not only writing and reading, but you should try to speak. Make it as your daily basis
~and blax3 lagi ak advice. Mcmlah power sgt english aku.
Teacher : So, can you speak in Arabic? Why don't you introduce yourself?
Alhamdulillah, 2 tahun belajar di Jordan, introduce yourself dlm Jordanian Arabic dah hafal la. So mmg mudahlah. Membuatkan aku terdetik mengingat kisah lalu.
Kenangan Lalu
Di waktu kecil, kemahiran belajar dan memahami aku sangat lambat berkembang terutama dalam kemahiran bahasa. Aku tercorot dalam membaca mahupun menulis. Namun aku jaguh dalam bermain dan merosak minda rakan-rakan tadika dengan pelbagai permainan dan games. hihihi.
Di tadika, silibus membaca bahasa ibunda seperti "Bacalah Anakku" pun tidak sempat aku habiskan. Apatah lagi ingin bertutur dalam bahasa Inggeris. Sementara rakan-rakan sepermainan terus melaju melangkah menghabiskan pelbagai siri pembacaan, aku masih lagi merenung kebingungan, lambat dalam menangkap perkataan.
Kelewatan aku dalam pembacaan kadang-kadang merisaukan Mama. Sambil aku bermain-main, kadang Mama mengambil buku kanak-kanak dan membacanya di depanku, sambil disuruhnya ku ulang. Ku ulang buat beberapa ketika, tapi tak lama. Samada aku lekas tidur agar akhirnya Mama berhenti, atau aku berikan pelbagai alasan utk cuba melarikan diri
Tetapi Baba masih positif. Baginya tak perlu memaksa anaknya, cukuplah bagi dia mengenali rakan-rakan dan menikmati zaman kanak-kanaknya dengan riang. Tapi soal bacaan quran, tiada kompromi. Setiap kali lps maghrib 1 muka surat quran, stiap anak-anaknya perlu membaca di depannya sambil duduk di atas lututnya. Kadang-kadang aku cuba mengelat, mengambil quran terjemahan yang kecil, yang satu halamannya hanyalah beberapa baris ayat sahaja supaya cepat dapat aku habiskannya.
Setelah masuk persekolahan darjah satu, aku mulai dapat menangkap pembacaan. Beberapa bulan sahaja, aku sudah mampu membaca dengan lancar setiap patah perkataan. Sehingga aku sendiri berasa ajaib, lantas terus mempersembahkan kehebatanku di hadapan Baba. Ternyata kehebatan si anak kecil ini terbukti bila melihat babanya hanya mengangguk dan tersenyum lebar. Akhirnya aku dibawa Baba ke sebuah kedai tape, utk menyewa satu tape Ultraman. Tipu la sape tak minat cerita ni waktu kecik-kecik dulu !
Sewa tape ini klasik. Aku tak tahu samada di Kelantan atau di tempat lain pun ada pada awal tahun 2000. Dekat sebelah kedai gunting Azami sblm masuk ke jalan Langgar, di situlah ada sebuah kedai sewa tape (sekarang dah tak ade). Ini lah hiburan yg mainstream sblm berkembangnya VCD dan DVD.
Minatku dalam pembacaan mula tersemai, walaupun tidaklah begitu drakstik.
Bahasa English
Ini bahasa paling aku benci di bangku sekolah rendah dahulu.
"Bahasa dasar penjajah! Perosak bahasa ibunda! Perosak pemikiran kanak-kanak ! "
Oke, tak de kaitan pun. melainkan semua adalah alasan menutup mood aku yg malas nk belajar English.
Semestinya kemalasan aku bersebab.
"I didn't get a good start to begin with learning English"
Alkisah,
Aku ingat lagi, aku dihantar Mama ke satu kelas tambahan luar sekolah bersama-sama kakakku dan abgku, Nanim dan Ufa. Kelas bersama dengan Aunty Lily di rumah rakan sekolahku Rauf di Kubang Kerian. Kelas ini sgt nightmare bagiku, Aunty Lily sgt garang. Terketar-ketar aku nak baca depan dia.
Setiap perkataan English aku guna kaedah bacaan Bahasa Melayu. Aku ingat satu perkataan ini "circle" aku baca dihadapannya berbunyi "cir ce le". Terus aku get scolded dan ditertawakan pulak oleh pelajar yg lain. Okay, goodbye English! Aku benci sama luu!
Maka English menjadi satu fobia. Sehinggalah pada darjah 5, for the first time aku dapat 80 (which is grade A) dalam English. Teacher yang mengajar kept on praising me. W/pun sebenarnya teacher tu bagi bonus dan ade beberapa kesalahan yang sengaja dia melepas pandang, tetapi dengan pujian dan harapan yg dia beri, minat aku pada English mula terserlah.
"To educate is simple. Give love and hope" - mabhy
Satu lagi faktor yg menyebabkan aku terus minat dalam English bila aku mula belajar English secara sistematik dgn master sifuku Sir Dato' Hussin di pusat tuisyen Institut Latihan Cemerlang (ILC) di Batu 2, Kota Bharu.
Bahasa Arab
Aku bukanlah seorang yang betul-betul minat belajar bahasa Arab pada mulanya. Bersekolah di sekolah agama tidak membantu aku utk memahami Bahasa Arab. Ade beberapa sistem pembelajaran Bahasa Arab di sekolah yang sehingga kini aku masih berpegang utk mengkritik beberapa sudut yang perlu diperbaiki.
Bagi aku minat boleh berubah. Kesusahan dan kegagalan dalam memahami kadang-kadang mampu meng-kubur-kan minat pada sesuatu perkara.
Alhamdulillah, pada awal tingkatan satu, aku dikenalkan dengan pembelajaran bahasa Arab yang bagiku cukup mudah utk difahami. Aku mula dihantar Baba berkelas dengan Ust. Noorlie, yang kini sudah aktif menjadi pengarang buku Arab Mudah utk kanak-kanak. Ust Noorlie merupakan anak murid kepada Ust Taha yg turut mengajar abang-abang dan kakakku berbahasa Arab.
Silibus buku Bahasa Arab for Native Seakers manhaj Madinah karya tangan Dr. V Abdul Rahim Dekan Bahasa Arab di Universiti Madinah di suatu ketika dahulu. Ust Taha merupakan anak murid Dr. V Abdul Rahim dan beliau ditauliah sendiri oleh gurunya utk mengajar di Malaysia. Buku ini mengandungi 5 siri dan masing-masing mempunyai peringkat yang berbeza
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 aku bersama dgn Ust Noorlie dan di Tingkatan 4 hingga 5 bersama dengan Ust Taha sendiri.
Bahasa Mandarin
Di akhir tingkatan 4, aku mula dihantar Baba ke Kelas Bahasa Mandarin di Kota Bharu. Abangku, Dzufar pernah masuk Kelas ni dan dia merupakan antara yang terkedepan. (Disebabkan dia masuk terlebih awal dan of cos dia lebih pandai dalam menangkap perkataan). Dan of cos aku adalah antara orang yg terkebelakang. hihi.
Bahasa ini sgt menarik, dan aku sgt suka ketika sesi belajar sambil membuka lagu-lagu Mandarin. Tapi sayang, disebabkan SPM, dan kurang fokus aku pada Mandarin, minat aku mula tenggelam. Aku mula meninggalkan kelas, dan akhirnya tak hadir langsung disebabkan pertembungan dgn beberapa kelas akademik yg lain.
Sehingga kini aku terasa teramat rugi gagal mempelajari antara bahasa terpenting di dunia. Insya Allah, impian aku utk belajar Mandarin masih segar dalam jasadku. Semoga dipermudahkannya.
TERBANG KE JORDAN
Arab Ammiyah Vs Fushah
Di Jordan, menjadi pelajar tahun 1 adalah fasa yg terbaik mempelajari Bahasa Arab khususnya local jordanian ammiyyah.
Pandainya berbahasa Arab di Malaysia dahulu, x semestinya mampu berbahasa Arab dgn baik di sini. Di samping berutur dengan betul, lenggok penyampaian bahasa sgt penting.
Awal kehidupanku di Jordan, mempelajari Bahasa Arab sgt mencabar. Setelah pjg lebar kita dgr org Arab ckp dan satu perkataan pon kita tak faham, maka mmg menjadi kebiasaan kita akan jawab ialah "insya allah, insya allah. ataupun na3am dan soh-soh-soh" . apa ke bendanya tak tahu.
Minat aku bermula bila aku sendiri suka Jordanian punya dialect. Mendekati fushah dan byk perkataan fushah yg turut digunakan dalam perbualan seharian. Lenggok dan antonasi bahasanya juga agak lembut tapi tak selembut lenggok Syrian
So permulaannya aku byk mendengar dan menulis shj berbanding bertutur. Di dalam kelas, apabila Dr. bertutur dalam B. Arab aku cuba menulis apa yg aku dgr kemudian meng-agak agak maknanya sblm bertanyakan pada rakan Arab.
Di atas coaster dan atas 'duud (gonggok)' bas dalaman universiti, aku cuba duduk disebelah arab dan aku merakam perbualan mereka. Bagiku proses mendengar sgt penting, bagi membiasakan telinga kita dengan lenggok antonasi bahasa mereka.
Aku juga turut menghadiri beberapa program dengan rakan Arab di Amman dan Irbid. 2 program yg aku join tahun lps dgn Muhammad Ammurah rakan umrahku. Program youth leadership Aiesec di Amman dan program Ursum Basmah (Ukirkan senyumanmu) buka puasa dgn anak yatim di Irbid.
![]() |
| Aiesec Di Amman |
![]() |
| Peserta Aiesec di Amman |
Kbyknnya keadaan aku hanya mendengar, di samping aku try and error dalam bertutur. Dlm bertutur perkara aku hanya meniru balik apa yg aku dgr. Dlm byk waktu, org Arab ni sgt positif, stay cool je dgr kita ckp walau byk salah.
Itu tahun 1.
Di waktu ku tahun 2, semangat nk bercakap dgn Arab sudah semakin luntur dek kerana sibuk dgn berbagai subjek nk kena study, komunikasi dgn Arab sgt kurang.
Bila sudah lama x berkomunikasi, akan timbul sifat malas dan bermakin byk alasan utk menjustifikasikan ketidak-sempatan bersembang dgn rakan-rakan Arab.
Di Jaamiah, tak byk aku bersembang dgn Arab. Kdg2 dlm sehari x ada langsung. Makin lama makin merosot.
Bahasa sgt perlu kepada praktis. Kita meninggalkannya, maka bahas tak akan mengejar kita dah. Alhamdulillah, aku dpt maintain bersembang Arab dgn pakcik2 teksi, pekedai dan rakan Arab di Masjid. Tapi itu pun sgt minima berbanding tahun 1 dahulu.
Identiti Fushah makin hilang
Kadang-kadang betul Bahasa Ammiyyah ni merosakkan bahasa arab fushah. Kelazimanku bertutur dlm ammiyyah menyebabkan penguasaan bertutur dalam fushah sudah bercampur aduk dgn ammiyyah. Kdg2 bila berjumpa dgn sheikh2 hebat yg cakap totally fushah, malu pula rasanya diri ni cakap bercampur2 fushah dan ammiyyah dgn mereka.
Maka mulalah diselak kitab-kitab Arab. Itupun masih tak dpt nk maintain sgt, sbb lebih kepada kemahiran membaca. Bukan menutur.
Pada awal sem 2, permulaan pembelajaran sistem HLS, timbullah idea utk mengadakan satu kelas Arab Fushah dgn rakan-rakan satu batch yg belum ada basic Arab di sekolah di samping saling membantu memperbaiki kemahiran bahasa. Alhamdulillah pada awal sistem kedua iaitu RS, kelas Arab fushah dpt dilaksanakan dgn sokongan rakan-rakan. Kelas berfokus kepada 10 org sahaja sgt berkesan dalam memahamkan rakan-rakan tentang B.Arab Fushah dgn mudah.
Buku manhaj Madinah yang aku pelajari di bangku sekolah dahulu aku cuba untuk menyampaikannya dengan semudah mungkin. Setiap pertanyaan, pembelajaran dan pengajaran di conduct dalam bahasa Arab.
Di Akhir CVS, sudah lebih 15 kelas bertempohkan 1 jam 30 minit stiap sesi, dari lepas mghrib smpailah lepas Isya. Insya allah, aku hanya harapkan kita dapat sama-sama habiskan buku 1 dan seterusnya buku 2 .
Bahasa Turki
Aku mula berkenalan dengan Ali Bağci pada tahun 1 ketika sesi muhadhorah Bahasa Arab utk non-Arab. Alhamdulillah perkenalan kami berkekalan hingga sekarang. Setiap kali lps habis muhadhorah, sementara pelajar lain keluar dari kelas, aku dan Ali stay dan kami byk bersembang. Ali merupakan pelajar architecture, dan dia byk berkongsi tentang lukisannya, juga beberapa latar belakang kekeluargaannya.
Ali lahir dalam keluarga Turki yg menetap di Madinah Al-Munawwarah. Beliau mendapat pendidikan di Saudi dan merupakan seorang hafiz quran. Family beliau berhijrah ke Madinah disebabkan pada sewaktu ketika dahulu, praktis agama Islam sgt ditekan di Turki dan pendidikan agama sgt susah utk diperolehi sehinggalah fasa Islamisasi di era Erbakan namun gagal, tapi diteruskan legasi pembawaan Islam dalam bentuk moden di era Erdogan sekarang ini.
Sejarah-sejarah turki dan pembawaan Islam di Turki membuatkan aku mula berminat dgn bahasa turki. Kerana bagiku terdapat rahsia pada Bahasa Turki yg membuatkan kita lebih memahami budaya dan sejarah masyarakat turki.
![]() |
| Baju Turki Othmaniah - Ma3rad Tsaqafi JUST 2013 |
Juga disebabkan akhawat Turki sgtlah lawa!. Maka apa salahnya belajar bahasa Turki. hewhewhewhew!
Maka aku mula berbincang dgn Ali utk diadakan satu kelas Turki. Pada mulanya hanya bersifat tidak formal, aku dtg bertandang rumahnya dan bertanya sdikit sbyk ttg bahasa.
Tapi bagiku kurang effektif, sbb bila x formal, maka x fokus. Aku mula cadangkan buat kelas formal dan membuka penyertaan kepada batch sendiri. Alhamdulillah, di akhir akhir sistem RS pada sem 2, kami berjaya mengadakan kelas pengenalan Turki di rumah khumayni di kawasan zamzam. Penyertaan sgt memuaskan. Lebih kurang 15 orang syabab dan akhawat menyertai.
![]() |
| Ali Bagci mengajar kami |
Targetku
Aku punyai byk capaian target yg harus dicapai di Jordan ini. Aspek bahasa antara sgt aku tekankan. So bagiku, insya allah, targetku di Jordan menguasai 3 bentuk Bahasa :
1) Bahasa Arab Ammiyyah ( Jordan dan Mesir)
2) Bahasa Arab Fushah
3) Bahasa Turki








